Powered By Blogger

Sunday, 9 October 2016

Hari Sukan Negara





SEMALAM iaitu 8/9/16 telah diadakan Hari Sukan Negara di seluruh malaysia.Semua sekolah,institut dan universiti akan mengadakan program-program sukan masing2 pada hari itu.Jadi,Ukm juga telah mengadakan programya yang tersendiri.Aku merupakan salah seorang peserta untuk Hari Sukan Negara ni. Permulaannya,kami disuruh berkumpul di padang Pavilion (padang ragbi) seawal 7:30. Tapi biasalah,tak semua orang tepati waktu termasuk aku,hehe.aku lambat 15minit walaupon kolej aku dekat je,tapi sebab tunggu kawan yang lambat bangun.aku jadi lambat.Program pertama yang diadakan ialah 3km fun Walk iaitu berjalan sebanyak 3kilometer di dalam UKM.Seronok bila dapat jalan ramai2 ni , dah macam datang nak hantar rombongan kahwin hahaha..

Lepas dah sampai ke garisan penamat.kami diberikan rehat lebih kurang 15 minit and kena berkumpul semula di dalam padang ragbi untuk melakukan aktiviti seterusnya.Aktiviti seterusnya ialah cabutan bertuah.hadiah yang disediakan ialah TV,Printer,Kettle,camera,Basikal,Hamper dan macam2 lagi..memang terliur lah kalau tengok hadiah2 yang ditawarkan.aku sanggup menunggu di bawah panas cahaya matahari semata mata nak tunggu nombor aku disebut..tpi tulah,dah tak ada rezeki untuk aku ,jadi aku pulang dengan hampa.

Lepas tu ada Aktiviti Senamrobik,memang terhibur lah dengan aktiviti ni. Lawak pon ada bila tengok member menari2 buat senamrobik tuh.and lastly ada sekali lagi cabutan bertuah..and still aku tak bertuah jugak hari tu ..hmm..

BOOTH DI UKM

Booth Sri Kandi





Booth anak Selangor
Pada Tarikh 5 Oktober 2016, aku telah pergi ke Pusanika di UKM(tempat aku belajar) untuk melihat Booth atau Pameran2 yang ada kat sana. Actually aku xtau pon ape tujuan Booth Booth ni diSediakan. First aku pegi kat Booth anak selangor,then barulah aku tahu yg Booth Booth kat sini ialah kelab yg students mcm aku ni boleh join untuk mengisi masa lapang. First tu aku dengar segala penerangan and cerita/celoteh yang abang2 and kakak2 kelab selangor tu cerita. lepas tu aku dengan member aku ni pon berminat lah nak join. tgh2 isi borang tu, abang tu tanya "korang tahu tak nak join kelab ni kena bayar"?..,tersedak terus aku masa minum bila dengar macam tu sbb ingatkan free of charge.Tapi member aku nak join jugak ,jadi aku pon follow jelah..hahaha

Lepas tu kami jalan2 dekat aras tu..tengok2 Booth yang lain..macam2 ada..termasuklah Booth anak negeri Sembilan,anak negeri Johor,Sri Kandi and Booth untuk Orang Indonesia.Sedang kami memcuci mata melihat keunikan dan kekretifan Booth2 kat situ.kami didatangi oleh seorang senior perempuan.Lepas perkenalkan diri,rupanya dia dari kelab Urusetia Pembangunan Sumber Manusia(UPSM).Sebelum ni aku memang pernah dengar tentang UPSM ni iaitu Kelab untuk jadi fasilitator.Aku sebenarnya tak berapa minat jadi fasi ni. Tapi sebab akak tu mcm bersemangat je,jadi aku buat keputusan dengar je dulu apa yang dia nak terangkan.lepas 10 minit dia terangkan,tetiba rasa nak JOIN kelab tu muncul pulak..hahaha..aku berminat nak join bukan sbb bidang fasilitator,tapi sebab kesukarelawanan dengan pengucapan awam.Aku tahu aku memang lemah dalam bercakap di depan,jadi aku ambik keputusan nak join sebab Akak tu kata kelab tu memang sesuai untuk tingkatkan SOFT SKILL kita.then,sekali lagi rm5 aku terbang keluar dari poket.tapi tak apalah untuk ilmu yang aku dapat nanti. Sekian Terima Kasih.