Powered By Blogger

Wednesday, 23 November 2016

Sukem Softball


Pada 19/11(sabtu) dan 20/11 (ahad) telah berlangsung perlawanan Softball perempuan Sukem iaitu sukan antara kolej di UKM..walaupon aku tak bermain(sbb game perempuan) tapi aku datang untuk menyokong skuad kolej rahim kajai di samping buat tugasan citra. Citra aku ialah kemudahan sukan dan teknikal..Cikgu Citra tersebut mewajibkan semua pelajar dalam citra tersebut untuk membantu sukan softball perempuan ini serta mengambil gambar sebagai untuk menyiapkan laporan kami.
 
    Pada hari ahad.skuad wanita Rahim Kajai telah mendapat tempat kedua(agak membanggakan ) selepas tewas di final kepada kolej keris mas..melalui pemerhatian aku..dapatlah aku menambahbaikan asas softball aku sbb aku pon join softball sukem ni ..Dan perlawanan aku minggu ni..Nervous jgk sbb ini kali pertama aku masuk pertandingan untuk sukan softball nih..sebelum ni tak pernah main pon..Walaupon dah sebulan aku berlatih tapi still tak cukup nak berhadapan dengan senior yang jauh lebih berpengalaman.Jadi, nak tak nak..hadam je lah sabtu ni..hahaha
Sekian,terima kasih

No comments:

Post a Comment