Powered By Blogger

Thursday, 15 December 2016

Persembahan Powtoon

Pada 14/12/16, kami dari kelas Aplikasi komputer telah mempersembahkan Powtoon masing-masing mengikut group. Alhamdulillah group kami iaitu kumpulan 4 telah mendapat tempat ke-3. Jadi, mari tengok video powtoon kami dan anda nilaikan lah sendiri. Tajuk Video kami ada tips-tips Hiking, Khas untuk pembaca yang gemar mendaki tetapi main redah je,tak buat persiapan awal.


Microsoft Word

Sepanjang 1 sem belajar Citra Wajib iaitu Aplikasi Komputer, bermacam ilmu yang telah saya dapat dalam sesi pembelajaran setiap minggu. Antaranya :

1.Microsoft word
dalam microsoft word ini, kami belajar tentang cara-cara membuat Mail Merge. Mail merge membantu kita untuk menyediakan sebuah dokumen (contohnya surat) yang isinya sama untuk penerima yang berbeza secara cepat dan mudah. Ciri-ciri ini sangat membantu terutama apabila penerimanya sangat banyak. Mail merge juga boleh digunakan untuk membuat sijil , label , dan sampul surat.

Cara-cara menyediakan Mail Merge :
1. Buka Microsoft Word. dan buat contoh surat dan ayat yang mahu kita gunakan untuk dihantar kepada syarikat-syarikat lain.Selepas selesai, kelik "save as"  dan save surat itu di dalam dokumen.
2. Klik Mailings pada menu Tab.
3. Pilih menu Start Mail Merge , kemudian pilih Step by Step Mail Merge Wizard.
4. Kemudian di sebelah kanan akan muncul sub menu untuk Mail Merge . Selepas itu,pergi ke select dokument type. pilih letter untuk memilih membuat surat.
5. Klik Next: Starting document pada bahagian Step 1 of 6 yang ada di sebelah bawah kanan 
.6. Klik Next: Select recipients pada bahagian Step 2 of 6 . Recipients adalah data yang akan kita masukkan ke dokumen iaitu surat yang telah kita save tadi
.7. Kemudian pilih use an existing lists untuk menggunakan dokumen/data yang sedang digunakan atau pada masa awal telah di buat.Tapi pilih Type a new list jika anda ingin membuat senarai atau data baru yang akan digunakan atau dimasukkan ke dalam surat.
 8. Jika pilih Type a new lists ,tekan create , kemudian akan muncul kotak dialog New Address List . Jika tetapan sudah sesuai maka anda boleh terus memasukan data yang dikehendaki pada ruang yang telah disediakan
.9. Namun, jika susunan atau field names tidak sesuai dengan yang diinginkan anda boleh mengubahnya dengan cara klik Customize Columns . Maka akan muncul sub menu Customize Address List.Dekat situ anda boleh Add,Delete dan Rename.
10. Setelah itu anda boleh memasukan data-data sesuai dengan Field Names yang telah ditentukan tadi.Jika ingin menambah ruang baru, maka klik New Entry. Maka ruang pun akan bertambah mengikut kehendak. Jika sudah selesai klik OK.
11. Secara automatik akan muncul menu Save. Simpan data yang  telah dibuat tadi, Lagi mudah simpan di fail bersama dengan surat yang telah disave tadi . Setelah itu akan muncul menuMail Merge Recipients . Jika sudah yakin dengan data yang dimasukan pilih lah OK.
12kemudian tekan menu Insert Merge Field iaitu data-data dalam data source yang akan kita masukkan ke dokumen. Caranya dengan letakkan field names tadi pada tempat yang kita ingin masukkan di field kemudian klik Insert Merge Field dan pilih field yang sesuai.
13.kemudian siap !! dan kalau nak tengok hasilnya bolehlah bukak dekat Preview Results.

Sekian, Mail Merge daripada saya..

Saturday, 10 December 2016

Cara Smart study,not Study Hard


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Final Exam

"Pejam celik Pejam celik" dah 3 bulan aku kat UKM ni. Kini masanya dah hampir tiba iaitu Final Exam untuk sem yang pertama. Minggu Depan adalah minggu yang terakhir kelas dan kemudiannya adalah Study Week.

  Actually, aku sebenarnya tak ready lagi dengan final nanti sebab banyak lagi bab dan lecture yang aku tak cover lagi. Ya, aku memang busy dan baru sekarang rasanya aku free dan bebas sejak masuk UKM ni. Macam2 program yang aku join sejak masuk ke sini seperti Karnival Konvokesyen,Sukem,Program Kolej dan Program fakulti. JAdi, aku tak banyak masa sebenarnya untuk study lagi bab2 dan subjek2 yang aku lemah.

 


    Ketika aku sedang menaip ini, aku sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Tujuan utama aku pulang ke kampung selain berjumpa dengan orang kampung adalah untuk belajar. Ini kerana suasana kampung dan sunyi dan jauh dari kawasan bandar membolehkan aku belajar dalam keadaan yang tenang dan fokus.Akhir sekali, Doakan saya berjaya mendapat anugerah dekan pada semester ini dan semester-semester lain.

Kuliah A1 KMS(2015/2016)




A1T2



Salah satu kenangan yang aku tak akan lupakan sepanjang hidup aku. Iaitu kenangan bersama mereka semua di dalam kelas A1T2 di Kolej Matrikulasi Selangor. Bersama-sama ketika susah dan senang dalam menghadapi cabaran di matriks, ketika aku lemas dan terkapai-kapai mahu survive di matriks,mereka semua inilah yang bantu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada aku xkira masa dan erti penat.

Walaupun pernah wujud konflik di antara kami, namun kami berjaya menamatkan konflik tersebut dengan baik. Aku ni tidaklah bagus sangat sebagai seorang ketua kelas, aku lah yang selalu datang lambat tiap kali kelas pagi, aku lah yang selalu tak siap kerja tutor, aku lah yang buat lecturer terasa hati dengan perangai, namun mereka tetap berdiri di belakang aku dan memberi nasihat setiap kali aku membuat kesilapan.

Kini, masing-masing sudah memasuki ke alam universiti di tempat pilihan masing-masing. Walaupun kami berjauhan,namun kali masih lagi akrab dan kami menjadikan Whatsapps sebagai tempat kami melepaskan rindu sesama kami.and lastly,terima kasih semua sebab hadir dalam hidup aku, aku tak akan lupakan korang.

Perbezaan Softball dengan Baseball

Jika sebelum ini saya ada menerangkan serba sedikit tentang permainan Softball, pada kali ini saya akan menerangkan pula tentang perbezaan di antara permainan Softball dengan Baseball. Jika kita lihat, kedua-dua sukan ini banyak persamaan mereka sendiri dari segi undang-undang dan cara permainan yang hampir sama. Namun, terdapat beberapa perbezaan sebenarnya yang perlu anda tahu:



Perbezaan Sofbol dan Besbol
  • Sukan Baseball hanya dimainkan oleh lelaki,oleh itu Baseball juga disebut sebagai Hardball, sedangkan Softball boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita.
  • Bola Softball bersaiz lebih besar beberapa inci dari bola Baseball. Bola Baseball yang lebih kecil mempunyai saiz yang hampir sama dengan bola tennis.
  • Cara melempar pun berbeza, Softball dilempar dari bawah ke atas, sedangkan Baseball dari atas lurus ke arah Pemukul (Batter).
  • Saiz padang juga terdapat perbezaan. Walaupun mempunyai bentuk yang sama, tetapi saiz padang  Baseball lebih besar berbanding Softball.
  • Kawasan pelempar bola (Pitcher) pada sukan Baseball ada timbunan tanahnya atau disebut Mount sedangkan Softball rata sahaja.Tapi kedua-duanya mempunyai Plate ( base yang berbentuk Pesegi panjang) sebagai tempat pitcher.
  • Di plate ini pun terjadi perbezaan, dibaseball ketika melempar, pitcher boleh menyentuh plate hanya dengan meletakkan satu kakinya, sedangkan di softball diharuskan untuk meletakkan kedua kakinya di plate tersebut.
  • Dari segi permainan, terdapat peraturan yang disebut stealing atau mencuri base.Jika batter atau pemukul telah berjaya mencapai base 1.2 atau 3, maka pada giliran batter selanjutnya runner yang berada di base boleh meninggalkan base sejauh 3 langkah dan berlari ke base selanjutnya dengan keadaan bola telah lepas dari lemparan pitcher. Hal ini terjadi dibaseball, sedangkan di softball runner tidak dizinkan meninggalkan base se inci pun. Jadi, di softball stealing benar-benar bergantung kepada kelajuan lari dari runner. Peraturan ini dikuatkuasakan kerana jarak antara base di softball lebih pendek berbanding baseball.

Cara bermain softball

Berdasarkan gambar di atas, pasti para pembaca boleh agak aktiviti apa yang saya selalu buat pada petang hari. yup !! sudah semestinya sukan softball. Dah genap 1 bulan saya bermain Softball ini dan pernah bermain dalam Sukem walaupon masih baru. MEsti ramai yang tertanya-tanya apa beza baseball dengan softball? Dan macam mana main softball ni? baiklah, saya akan kongsikan sedikit info tentang softball ini.

Cara bermain :



Bilangan pemain:


Satu pasukan mengandungi 15 orang pemain. Semasa permainan, 9 orang pemain akan berada di luar  gelanggang sebagai pasukan yang akan memukul / menyerang dan 9 orang pemain akan berada di dalam gelanggang sebagai pasukan yang akan memadang iaitu pasukan yang akan cuba menghalang pemain yang akan memukul dan cuba mematikan pasukan lawan sebelum pemain tersebut berjaya membuat pusingan yang lengkap bagi mendapatkan mata. 


Cara permainan:

Image result for tempoh permainan softball
a. Pasukan Pemadang Pemain pemadang akan menangkap bola yang telah dipukul oleh pemukul dan cuba mematikan pelari tersebut dengan 3 kaedah iaitu dengan menyentuh pelari bersama bola,  memijak base-base yang terdapat di dalam gelanggang tersebut (bergantung pada situasi semasa) ataupun menangkap bola yang dipukul sebelum bola tersebut mencecah ke tanah ataupun menyentuh sesuatu alatan permainan. Picer untuk pasukan pemadang dapat mematikan permainan pemukul dengan mendapatkan 3 strike.

b. Pasukan Pemukul / Menyerang Pemukul akan memukul bola yang dipic oleh picer pemadang dan akan berlari mengelilingi gelanggang sambil memijak base 1, base 2, base 3 dan “home plate” bagi mendapatkan 1 mata untuk pasukannya. Pemukul yang tidak berjaya memijak base-base tersebut sekali gus  dibenarkan berhenti di base-base yang terdekat  sambil menunggu pemukul yang seterusnya memukul dan akan berlari mengelilingi bes-bes yang belum diselesaikannya.

Tempoh Permainan :

Bagi kumpulan umur bawah 18 tahun ( lelaki dan perempuan ) masa permainan ialah selama 1 jam 20 minit ataupun 7 Inning, bagi kumpulan umur bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan masa permainan ialah selama 1 jam (mengikut peraturan MSSM). Pasukan akan bertukar gelanggang selepas pasukan pemadang berjaya menghalang dan “mematikan” pasukan pemukul / penyerang seramai 3 orang.

Pertukaran Pemain:

Pemain simpanan seramai 6 orang boleh dimasukkan kesemuanya semasa pertandingan dijalankan.

Pengadil :

Bola yang dipic oleh picer mestilah dilaksanakan selepas dibenarkan oleh pengadil plate. Pengadil berhak menentukan samada bola yang dipic itu adalah bola  strike ataupun ball.


Keputusan Sukem 2016

Pada 30november yang lalu, Sukem iaitu Sukan antara kolej telah melabuhkan tirainya dengan acara penutup dan penyampaian hadiah. Kini keputusan Sukem telah keluar secara keseluruhannya :

berdasarkan keputusan di atas, kolej Aminuddin Baki telah berjaya meraih juara keseluruhan dengan meraih 19 emas,5perak dan 3 gangsa daripada 38 acara yang dipertandingkan, Diikuti dengan KKM,KPZ dan KTSN yang masing-masing mengumpul 5 emas tetapi dibezakan dengan jumlah pingat perak.

Kolej saya sendiri iaitu Kolej Rahim Kajai telah mendapat tempat ke-9 pada Sukem kali ini. Walaupon kami target Top 5,namun impian tersebut tidak dapat dicapai. Tetapi kami masih bangga dengan prestasi kami pada tahun ini berbanding tahun lepas. Dan Insya Allah pada tahun depan kami akan mencapai top 5 Sukem 2017 dan saya akan buat yang terbaik bagi acara Softball lelaki.

Asas Silat


Kalau seelum ni saya cerita tentang citra pengurusan teknikal & kemudahan sukan yang agak santai, lain pula dengan citra Asas Silat ini di mana citra ini agak aggresif . hehehe,sebenarnya memang kena aggresif pon sebab Silat ni lebih kepada Silat olahraga bukan silat seni.

Jadi, nak tak nak kami kena ikut jugak kelas dia yang seminggu dua kali ni. Kelas akan dibuat pada hari isnin dan selasa dari jam 8-10 malam. Pada setiap kelas, kami akan mengadakan latihan yang dimulai dengan pemanas badan.Pemanas badan hampir 30 minit, macam-macam yang dilakukan dalam pemanas badan bagi memastikan body kami betul-betul bersedia untuk lakukan aksi silat. Selapas selesai pemanas badan,kami akan berlatih cara menyerang dan mempertahankan diri dengan pelbagai cara seperti menumbuk, sepak silang,sepak hadapan dan banyak lagi.

Sejujurnya, citra silat ni sangat best kerana saya dapat rasakan badan saya "fit" apabila melalukan latihan pada setiap kelas. Citra ini juga mengajar kita cara untuk mempertahankan diri sendiri dari ancaman bahaya yang mendatang. Jadi, sekali lagi saya juga mencadangkan citra ini kepada warga UKM.

Asas pengurusan teknikal dan kemudahan Sukan

Pada sem yang pertama aku di Ukm ini aku telah mengambil 2 citra iaitu Asas pengurusan teknikal & kemudahan sukan serta Asas Silat . Pada artikel ini, saya akan menceritakan tentang citra asas pengurusan teknikal& kemudahan suikan sahaja.

Bagi saya, ini ialah citra yang paling relaks dan sempoi jika dibandingkan dengan citra-citra sukan yang lain.Cikgu yang mengajar citra ini ialah En.Basri. Beliau seorang yang cool , santai dan bersikap terbuka. Kelas biasanya akan diadakan pada setiap hari khamis jam 5-7 ptg, tapi biasanya pkol 6 dah habis dah. jadual tersebut bergantung juga jika ada events seperti Sukem, kami akan ditugaskan pada hari sabtu dan ahad bagi memantau dan membantu sesuatu perlawanan itu.

Selepas 8minggu bersama,akhirnya kelas kami telah tamat, tetapi masih ada tugasan terakhir yang belum kami sediakan iaitu pelaporan sukem, tarikh akhir submit ialah sebelum minggu study week. apa yang menarik ialah itu adalah tugasan pertama dan terakhir selain kuiz yang kami kena buat.Memang santai betul kelas ni, tak serabut dengan assignment yang diberikan .Jadi, saya amat syorkan kelas ini kepada students  Ukm.

6 CARA NAK DAPATKAN DEKAN SETIAP SEM

Assalmualaikum,

saya teringin untuk berkongsi tips-tips bagi mendapat dekan setiap sem, walaupon saya baru tahun pertama dalam Degree ketika saya menaip ini, tetapi saya ada buat sedikit reseach dari google tentang pendapat orang-orang yang sudah berjaya. Jadi, hari ini saya akan kongsikan 6 cara untuk mendapat dekan setiap sem.

1) Niat
Image result for kartun niat untuk kejayaan
- Niat adalah salah satu perkara yang wajib ada dalam seseorang individu itu untuk berjaya. sebagai contoh, jika kita solat tanpa niat atau terlupa untuk berniat,adakah sah solat itu? sama juga seperti kejayaan. Jika kita sendiri tiada keazaman untuk berjaya, macam mana kita nak dapat dekan?

2) Belajar

-Haa yang ini memang dah terang lagi bersuluh, macam mana nak dapat ilmu kalau x belajar. Memang ada yang jenis malam sebelum exam baru study and masuk terus ilmu tu. Tapi tu kelebihan dia, bagi kita yang susah nak hadam ni kena lah lebih sikit belajar tu.

3)Jangan biarkan kejayaan kecil melekakan anda, kebanyakkan orang lupa diri apabila mencapai kejayaan. Ingat “The higher you step on, the more you need force & energy. The higher level you’re in, the more effort you need to put on.”

4)Cari pesaing

-Bila sebut pesaing ni mesti kita fikir sebagai musuh. haa lebih kurang jadikan dia musuh jugak tapi kita kalahkan dia dengan kejayaan . Cara nak pilih "musuh" ialah pilih seseorang yang lebih sedikit ilmunya daripada kita dan kita harus berazam untuk mendapatkan tempat yang lebih tinggi daripada dia pada kelak hari.

5)  Sentiasa ingat dan berdoa kepada Allah
haa yang ni paling penting. Kita kena sentiasa memohon kepada Allah untuk mendapatkan sesuatu kejayaan itu. Sentiasa melakukan ajaran yang diperintahkan dan menjauhkan diri dari sifat mazmumah. Tanpa pertolongan Allah , sukar untuk kita mendapatkan kejayaan.percayalah.

6) STUDY GROUP

- Ni salah satu penyebab saya dapat results yang agak baik masa dekat matriks dulu. Cara yang betul buat study group ni ialah 4-5 orang. Cara ini paling efektif untuk belajar kerana wujud kerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

-Awak ada rm1,saya ada rm1. Jika kita tukar satu sama lain, awak tetap dapat rm1 dan begitu juga saya. Tetapi jika awak ada satu ilmu,saya ada satu ilmu. JIka kita tukar antara kita,awak akan dapat dua ilmu manakala saya pun akan dapat dua ilmu.

Krolletstore Drawstring Bag

Hari ni saya nak cerita kan sedikit tentang Drawstring bag ni. Bukan saya, tetapi kawan saya yang menjual beg ni dan boleh follow IG : krolletstore untuk pelbagai lagi pilihan dan design yang pastinya menarik perhatian. Sedikit gambar drawstring bag ini :





Material            : Thick Cotton Canvas
Measurement   : Height 36cm / Width 28cm,
Price                 : Rm 29 including postage. Add another RM 5
                           for postage to East Malaysia ( Sabah&Sarawak)
Whatsapp         : 0132347320

Beg ni mudah di bawa kerana ciri-ciri nya yang ringkas, boleh juga digunakan untuk student ke kuliah.Jadi,jika berminat dengan beg ini boleh lah PM nombor yang tertera di atas atau Dm IG : Krolletstore.

Friday, 9 December 2016

Kolej Matrikulasi Selangor

Kolej Matrikulasi Selangor adalah tempat aku belajar selepas Spm. Nak dijadikan cerita, pada mulanya aku memang berniat untuk menolak tawaran matrikulasi ni kerana selalu dengar cerita-cerita yang tidak baik tentang matriks ni. "Susah giler weh " yang aku selalu dengar dari bicara kawan-kawan aku. Dari mana dorang dengar benda tu pon aku tak tahu sebab diorang bukan pernah masuk dan lalui pon semua tu. Tapi itulah, aku ni senang dipengaruhi dengan cerita-cerita sebegini.

   Lagi-lagi bila aku dapat tawaran Diploma di UM dalam bidang akaun dan Unisza dalam bidang kewangan, aku memang dah tak ada jiwa dah nak masuk matriks sebab pilihan utama aku adalah bidang kewangan. Jadi, keputusan aku, aku memilih untuk pergi ke terengganu tu.

   Tapi, keputusan aku ditolak dan tidak diterima oleh keluarga aku. Ayah aku mahukan aku masuk ke UM manakala mak aku cadangkan masuk matriks. "pilihan orang tua lagi baik" jadi aku mengalah dan pilih matriks, aku bukan tak nak terima pilihan ayah aku, tapi kos untuk diploma tu mahal jadi aku pilih jelah matriks sbb murah and dapat elaun lagi setiap bulan.

ketika hari orientasi
Selepas hari demi hari aku kat matriks , bagi aku matriks ni tak ada lah susah sangat seperti yang sering diperkatakan oleh orang-orang di luar sana,yang penting kena berdisiplin dan pandai bahagikan masa untuk berjaya kat matriks nih.

Secara Jujurnya, pengalaman dekat matriks memang tak akan aku lupakan and pengalaman tu lagi best daripada pengalaman yang aku dapat ketika sambung pengajian ke peringkat Degree nih..Sekian.

Cara berjimat untuk Student

Duit yang tidak mencukupi semestinya merupakan salah satu masalah yang sering kali dihadapi oleh pelajar yang keluarganya adalah dari golongan B40. Oleh itu, saya akan membuat perkongsian tentang cara-cara untuk berjimat bagi student.

Cara-Caranya :

1: Pergi kelas

Masuk kolej atau universiti bukannya percuma. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya yuran yang anda bayar itu berbaloi untuk kejayaan anda. Malah mungkin ini merupakan pelaburan terbaik anda!

2: Gunakan perpustakaan sepenuhnya 

Belajar di universiti memerlukan bahan rujukan yang banyak. Setiap subjek memerlukan bahan rujukan yang berlainan. Oleh itu gunakan perpustakaan sepenuhnya untuk meminjam buku-buku rujukan tersebut. Tidak berbaloi untuk anda membeli kesemua buku-buku rujukan itu kerana kebanyakan buku tersebut hanya digunakan untuk 1 atau 2 semesta sahaja. 

3: Pinjam buku rujukan 

Jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang telah habis belajar tetapi mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, meminjam daripada mereka adalah cara yang bijak untuk berjimat. 

4: Jangan berpacaran 

Ok. Cara yang ke 4 ni mungkin kurang digemari oleh ramai pelajar kerana ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk mencari pasangan masing-masing semasa belajar. Berpacaran menyebabkan anda selalu keluar bersama dan menghabiskan duit kepada hiburan yang tidak perlu seperti tengok wayang dan sebagainya. Berpacaran juga menyebabkan bil penggunaan telefon bimbit meningkat. Jadi jika nak berjimat, jangan berpacaran atau pilih pasangan yang 'low maintainance'.

5: Gunakan pengangkutan disediakan 

Banyak universiti yang menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar-pelajar ke kelas. Gunakan perkhidmatan ini sepenuhnya kerana ini amat membantu pelajar untuk berjimat. Tetapi kekurangannya adalah anda mungkin perlu keluar awal untuk menunggu bas dan perlu bersesak-sesak di dalam bas. 

6: Gunakan kad pelajar 

Terdapat kedai-kedai buku dan alat tulis yang memberikan potongan istimewa untuk pelajar universiti. Gunakan kad pelajar anda semasa membuat pembelian buku atau alat tulis.

7: Duduk di asrama 

Hampir setiap universiti tempatan menyediakan asrama untuk pelajar-pelajarnya yang aktif di universiti. Libatkan diri dalam kegiatan -kegiatan di universiti seperti kokurikulum, persatuan dan lain-lain untuk membolehkan anda berpeluang untuk terus duduk di asrama.

8: Makan makanan yang disediakan

Jika asrama yang anda duduk ada menyediakan makanan sarapan, makan tengahari dan makan makan malam di kafeteria, makan di sana sudah cukup. Dapat menjimatkan sebahagian besar keperluan makanan anda. Jangan memilih makanan dan bersyukur dengan makanan yang disediakan. Jika anda terpaksa tinggal di rumah sewa, saya cadangkan anda masak sendiri atau makan roti atau makan mee segera. 

9: Lubuk karnival di universiti  

Pihak universiti kerap mengadakan karnival-karnival. Jadikan karnival ini sebagai peluang untuk berjinak-jinak dengan perniagaan. Jalankan perniagaan kecil-kecilan sama ada perniagaan makanan atau menjual pakaian. 

10: Jangan merokok atau vape

Merokok sentiasa memberikan impak yang negatif sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan. Sebagai seorang pelajar, baik anda simpan semua duit yang anda terfikir untuk gunakan untuk membeli rokok itu. Dan ketika anda sudah tamat belajar, anda mungkin sudah ada simpanan yang cukup untuk perancangan anda yang seterusnya. Sama ada rancangan untuk berkeluarga atau untuk mulakan bisnes anda sendiri.

11: Cuci baju sendiri 

Baju pelajar biasanya tidak banyak dan pelajar mempunyai masa yang banyak terluang terutamanya di hujung minggu. Basuh baju anda sendiri dan elakkan dari menghantar baju ke dobi atau menggunakan mesin pencuci berbayar.

12: Kongsi peralatan belajar 

Terdapat alatan atau perkakasan belajar yang boleh dikongsi antara pelajar. Sebagai contohnya adalah mesin pencetak. Jika anda duduk di dalam satu rumah yang mempunyai 5 orang pelajar, kongsi antara 5 orang untuk beli hanya satu mesin pencetak.

13: Komputer dan Laptop 

Beli komputer atau laptop yang dapat memenuhi keperluan anda bukannya beli komputer atau laptop yang memenuhi kehendak anda. Laptop yang mempunyai spesifikasi yang sederhana sudah cukup jika anda hanya menggunakan laptop bagi menyiapkan asignment. Laptop boleh diperolehi dengan harga semurah RM900+ dan ianya sudah cukup untuk keperluan itu.

14: Telefon pintar

Tidak dapat dinafikan bahawa telefon merupakan satu keperluan di zaman sekarang dan semua pelajar kini mempunyai telefon pintar mereka sendiri. Tetapi perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu beli telefon pintar yang terlalu mahal untuk kegunaan harian anda. Ini adalah kerana telefon yang mahal akan menarik minat orang untuk mencuri telefon tersebut. Untuk mengelakkan anda kerugian kerana telefon dicuri, elakkan dari membeli telefon yang mahal. Cukup beli telefon yang boleh digunakan untuk perhubungan.

Konklusinya , kita hendaklah bijak dalam menguruskan kewangan kita selain pandai membezakan di antar kehendak dan keperluan.

Pemain Bola sepak yang Diminati

Dalam artikel pada kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang pemain bola sepak kegemaran saya . Saya meminati beliau sejak kecil lagi dan kini beliau merupakan salah seorang pemain bola sepak yang terbaik di dunia. Beliau ialah Cristiano Ronaldo.


Nama lengkap             : Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
Tempat tanggal lahir   : Funchal, Madeira, Portugal, 5 Februari 1985
Tinggi badan               : 1.86 m (6 ft 1 in)
Posisi bermain             : Sayap kanan, Penyerang
Kelab                           : Real madrid
Negara                         : Portugal
Nombor                        : 7 
Nama Ayah                  : José Dinis Aveiro
Nama ibu                     : Maria Dolores
Nama saudara             : kakak laki-laki bernama Hugo, dan dua kakak perempuan, Elma dan Liliana                                           Cátia

Pencapaian individu : 
  • Pasukan Terbaik Euro 2004 UEFA
  • Pemain Muda Istimewa Terbaik FIFPro: 2004–05, 2005–06
  • Pemain Terbaik Portugal: 2006–07
  • Pasukan Terbaik UEFA: 2003–2004, 2006–07, 2007-08
  • Pasukan Dunia XI FIFPro: 2006–07, 2007–08
  • Pemain Muda Terbaik PFA: 2006–07
  • Pemain Terbaik Undian Pemain PFA: 2006–07, 2007–08
  • Pemain Terbaik Undian Peminat PFA: 2006–07, 2007–08
  • Pasukan Terbaik Liga Perdana Inggeris PFA: 2005–06, 2006–07, 2007–08, 2008–09
  • Pemain Bola Sepak Terbaik FWA: 2006–07, 2007–08
  • Pemain Terbaik Barclays: 2006–07, 2007–08
  • Pemain Terbaik Bulanan: November 2006, December 2006, January 2008, March 2008
  • Kasut Emas Barclays: 2007–08
  • Anugerah Merit Barclays: 2007–08
  • Kasut Emas Eropah: 2007–08
  • Pemain Penyerang Terbaik Kelab UEFA: 2007–08
  • Pemain Terbaik Kelab UEFA: 2007–08
  • Pemain Terbaik Dunia FIFPro: 2007–08
  • Ballon d'Or: 2008
  • Pemain Terbaik Dunia FIFA: 2008
  • Pasukan Terbaikkkkkk 2016-2020


Pasukan Favourite (1)




Bola sepak boleh dianggap sebagai salah satu sukan yang paling popular di dunia. Masih ingat lagi dengan penangan World Cup 2014 dahulu? Di mana hampir setiap orang di seantero dunia akan bersama-sama menyaksikan perlawanan untuk menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Ada yang menonton di kedai mamak,rumah,internet mahupun di Stadium itu sendiri.

Begitu juga saya sebagai seorang peminat bola sepak, saya sanggup bersengkang mata bagi menonton perlawanan pasukan kegemaran saya. Namun, anda mesti tertanya-tanya apa yang menjadikan saya sebagai peminat bola sepak. Saya meminati bola sepak sejak berumur 8 tahun dan mula menyaksikan perlawanan bola di televisyen sejak umur 11 tahun. Saya minat bola sepak kerana pengaruh rakan yang acapkali mengajak menonton perlawananbola sepak.


Perlawanan pertama yang saya tonton ialah pada tahun tahun 2008 iaitu pertembungan antara Manchester United dengan Barcelona bagi merebut gelaran juara di Champion League. Sejak hari itu,pasukan kegemaran saya iaitu Manchester United tewas 2-0 kepada Barcelona. Namun, sehingga hari ini saya masih lagi menyokong Manchester United kerana saya setia orangnya..hahah

Wednesday, 7 December 2016

Leader yang saya minat

JOSE MOURINHO


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ketua atau pemimpin yang saya minat sejak zaman persekolahan lagi adalah José Mário dos Santos Mourinho Félix atau lebih dikenali sebagai Jose Mourinho.Gelaran yang Diberikan kepada beliau adalah "The Special One".Beliau merupakan seorang jurulatih bola sepak yang terkenal dan terkemuka di eropah dan kini mengendalikan kelab MANCHESTER UNITED,ENGLAND. Beliau telah dilahirkan di Setubal, Portugal pada 26 Januari 1963 (53 tahun) . Ayahnya Felix Mourinho merupakan seorang penjaga gawang yang agak dikenali pada era-nya,tetapi istilah "bapa borek anak rintik" tidak sesuai digunakan kerana mourinho langsung tiada bakat untuk mengikuti jejak langkah ayahnya dalam bidang penjaga gawang.Oleh itu,ibunya telah mengalihkan perhatian mourinho kepada bidang olahraga.Lebih menarik,Mourinho berjaya mendapatkan gelaran Sarjana Olahraga dari Universitas Teknik Lisbon.Berkat kesungguhan dan kerajinan beliau selepas graduasi,beliau ditawarkan menjadi jurulatih kecergasan dan pembantu kepada Bobby Robson di kelab Sporting Lisbon.Dari situ bermulanya karier Jose Mourinho dalam bidang kejurulatihan bola sepak dan pernah mengemudi kelab-kelab terkenal seperti Real Madrid,Inter Milan,Chelsea dan kini Manchester United.


Saya memilih beliau sebagai pemimpin yg saya minat/admire kerana cara kepimpinan beliau dalam menguruskan sesebuah pasukan itu.Antara cara kepimpinan beliau yang kita dapat contohi dan amalkan adalah Keazaman dan kemahuan beliau untuk memfokuskan kepada kemenangan pada setiap perlawanan.Ketika bersama Chelsea, Inter Milan dan sekarang Manchester United, pemikiran Mourinho menetapkan beliau hanya fokus pada kemenangan dan apabila kalah, beliau tidak akan membenarkan perasaan kecewa dan putus asa menguasai pemikirannya.Setiap pasukan yang dikemudinya akan bangkit semula dengan pantas pada perlawanan seterusnya kerana pemikiran pemimpinnya, Mourinho, yang fokus hanya pada satu perkara iaitu kemenangan.Bintang Inter Milan, Diego Milito pernah mengatakan bukanlah satu kebetulan apabila pasukan itu tewas ia akan terus bangkit disebabkan oleh Mourinho. Ini membuktikan bahawa Mourinho memainkan watak yang dominan dalam memastikan pasukannya terus bangkit dikala diambang kekalahan.


Cara kepimpinan beliau yang seterusnya saya minat adalah sikap beliau yang sering memberikan motivasi,inspirasi dan nasihat yang akan meningkatkan moral pemain-pemain beliau.Mourinho mewujudkan ikatan hubungan dengan setiap pemainnya melebihi hubungan antara seorang jurulatih dengan pemain. Beliau rapat dengan pemainnya, mengenali mereka secara peribadi dan tahu kekuatan dan kekurangan setiap dari mereka.Dengan pengetahuan itu, beliau melatih setiap pemainnya dengan cara yang berbeza mengikut kemampuan pemain tersebut. Menurut Ronaldo, pemain Real Madrid, “Sesi latihan beliau menakjubkan. Ia memang berat tetapi kami tidak merasa penat kerana kami benar-benar merasa motivasi untuk melakukannya".


Seterusnya, beliau boleh mewujudkan kepercayaan daripada pemainnya.Kajian menunjukkan pasukan akan menunjukkan pencapaian yang bagus, apabila pemimpin mereka juga bertindak sebagai seseorang yang mereka boleh dipercayai. Mourinho merupakan lebih dari sekadar pengurus dan jurulatih, malah dia adalah rakan kepada pemain-pemainnya.Beliau boleh didatangi pada bila-bila masa oleh pemain-pemainnya untuk berbincang walau dalam isu peribadi sekalipun. Kepercayaan yang mereka lihat dalam diri Mourinho ini mendorong mereka untuk memberi yang terbaik untuk jurulatih tersebut.


Kerana itu, pada majlis perpisahan bersama Chelsea, setiap orang dalam pasukan Chelsea menangis. Beliau bukan sahaja mengenali pemainnya tetapi juga isteri-isteri serta anak-anak mereka, dan menyebut nama mereka satu persatu semasa tiga jam majlis perpisahan tersebut.


Tambahan lagi, beliau berkoblehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik. Setiap pasukan yang berprestasi tinggi dan cemerlang akan menghadapi konflik dalam pengurusan dan ia adalah lumrah bagi sesuatu pasukan itu. Begitu juga dengan pasukan-pasukan bolasepak terkemuka, yang pernah diuruskan oleh Mourinho. Beliau menguruskan konflik tersebut dengan pendekatan yang digambarkan dalam peribahasa Inggeris ‘Put the fish on the table’ (meletakkan ikan di atas meja). Dengan meletakkan ‘ikan’ atau konflik tersebut di atas meja, semua orang berpeluang melihat permasalahan tersebut dan turut bersama-sama mencari penyelesaiannya. Mourinho sentiasa memberikan maklum balas dan penilaian pencapaian kepada setiap pemainnya, dan tidak semua pemainnya selesa dengan pendekatan ‘put the fish on the table’nya itu kerana semua masalah akan diketahui orang ramai.Namun, mereka membiasakan diri menerima maklumbalas Mourinho yang terbuka serta adakalanya ‘pedas’ dan berusaha meningkatkan mutu permainan mereka.


Kesimpulannya, beliau selayaknya menerima gelaran "The Special One" kerana beliau bukan sahaja hebat dalam melatih pemain di dalam padang,malah beliau mempunyai karakter sebagai leader yang baik di luar padang.Daripada perkongsian di atas juga, kita dapat mengambil beberapa nilai iaitu kita haruslah menetapkan matlamat hidup kita dan memberikan fokus yg dominan kepada matlamat tersebut.






Sekian,Terima kasih.