Cara bermain :
Satu pasukan mengandungi 15 orang pemain. Semasa permainan, 9 orang pemain akan berada di luar gelanggang sebagai pasukan yang akan memukul / menyerang dan 9 orang pemain akan berada di dalam gelanggang sebagai pasukan yang akan memadang iaitu pasukan yang akan cuba menghalang pemain yang akan memukul dan cuba mematikan pasukan lawan sebelum pemain tersebut berjaya membuat pusingan yang lengkap bagi mendapatkan mata.
Cara permainan:
a. Pasukan Pemadang Pemain pemadang akan menangkap bola yang telah dipukul oleh pemukul dan cuba mematikan pelari tersebut dengan 3 kaedah iaitu dengan menyentuh pelari bersama bola, memijak base-base yang terdapat di dalam gelanggang tersebut (bergantung pada situasi semasa) ataupun menangkap bola yang dipukul sebelum bola tersebut mencecah ke tanah ataupun menyentuh sesuatu alatan permainan. Picer untuk pasukan pemadang dapat mematikan permainan pemukul dengan mendapatkan 3 strike.
b. Pasukan Pemukul / Menyerang Pemukul akan memukul bola yang dipic oleh picer pemadang dan akan berlari mengelilingi gelanggang sambil memijak base 1, base 2, base 3 dan “home plate” bagi mendapatkan 1 mata untuk pasukannya. Pemukul yang tidak berjaya memijak base-base tersebut sekali gus dibenarkan berhenti di base-base yang terdekat sambil menunggu pemukul yang seterusnya memukul dan akan berlari mengelilingi bes-bes yang belum diselesaikannya.
Tempoh Permainan :
Bagi kumpulan umur bawah 18 tahun ( lelaki dan perempuan ) masa permainan ialah selama 1 jam 20 minit ataupun 7 Inning, bagi kumpulan umur bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan masa permainan ialah selama 1 jam (mengikut peraturan MSSM). Pasukan akan bertukar gelanggang selepas pasukan pemadang berjaya menghalang dan “mematikan” pasukan pemukul / penyerang seramai 3 orang.
Pertukaran Pemain:
Pemain simpanan seramai 6 orang boleh dimasukkan kesemuanya semasa pertandingan dijalankan.
Pengadil :
Bola yang dipic oleh picer mestilah dilaksanakan selepas dibenarkan oleh pengadil plate. Pengadil berhak menentukan samada bola yang dipic itu adalah bola strike ataupun ball.
Hai Gan... Artikel Yang Sangat Bagus dan Memberikan Informasi Yang Bermanfaat..^^
ReplyDeleteTerima Kasih^^
Dan Mohon Untuk Izin Comment yah Gan^^
MickeyMouse
Bandar Togel
TOBA4D
SLOT GAMES
SGP TOGEL
Bandar Togel
Hongkong Pools
Casino Online3