Cara-Caranya :
1: Pergi kelas
Masuk kolej atau universiti bukannya percuma. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya yuran yang anda bayar itu berbaloi untuk kejayaan anda. Malah mungkin ini merupakan pelaburan terbaik anda!
2: Gunakan perpustakaan sepenuhnya
Belajar di universiti memerlukan bahan rujukan yang banyak. Setiap subjek memerlukan bahan rujukan yang berlainan. Oleh itu gunakan perpustakaan sepenuhnya untuk meminjam buku-buku rujukan tersebut. Tidak berbaloi untuk anda membeli kesemua buku-buku rujukan itu kerana kebanyakan buku tersebut hanya digunakan untuk 1 atau 2 semesta sahaja.
3: Pinjam buku rujukan
Jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang telah habis belajar tetapi mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, meminjam daripada mereka adalah cara yang bijak untuk berjimat.
4: Jangan berpacaran
Ok. Cara yang ke 4 ni mungkin kurang digemari oleh ramai pelajar kerana ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk mencari pasangan masing-masing semasa belajar. Berpacaran menyebabkan anda selalu keluar bersama dan menghabiskan duit kepada hiburan yang tidak perlu seperti tengok wayang dan sebagainya. Berpacaran juga menyebabkan bil penggunaan telefon bimbit meningkat. Jadi jika nak berjimat, jangan berpacaran atau pilih pasangan yang 'low maintainance'.
5: Gunakan pengangkutan disediakan
Banyak universiti yang menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar-pelajar ke kelas. Gunakan perkhidmatan ini sepenuhnya kerana ini amat membantu pelajar untuk berjimat. Tetapi kekurangannya adalah anda mungkin perlu keluar awal untuk menunggu bas dan perlu bersesak-sesak di dalam bas.
6: Gunakan kad pelajar
Terdapat kedai-kedai buku dan alat tulis yang memberikan potongan istimewa untuk pelajar universiti. Gunakan kad pelajar anda semasa membuat pembelian buku atau alat tulis.
7: Duduk di asrama
Hampir setiap universiti tempatan menyediakan asrama untuk pelajar-pelajarnya yang aktif di universiti. Libatkan diri dalam kegiatan -kegiatan di universiti seperti kokurikulum, persatuan dan lain-lain untuk membolehkan anda berpeluang untuk terus duduk di asrama.
8: Makan makanan yang disediakan
Jika asrama yang anda duduk ada menyediakan makanan sarapan, makan tengahari dan makan makan malam di kafeteria, makan di sana sudah cukup. Dapat menjimatkan sebahagian besar keperluan makanan anda. Jangan memilih makanan dan bersyukur dengan makanan yang disediakan. Jika anda terpaksa tinggal di rumah sewa, saya cadangkan anda masak sendiri atau makan roti atau makan mee segera.
9: Lubuk karnival di universiti
Pihak universiti kerap mengadakan karnival-karnival. Jadikan karnival ini sebagai peluang untuk berjinak-jinak dengan perniagaan. Jalankan perniagaan kecil-kecilan sama ada perniagaan makanan atau menjual pakaian.
10: Jangan merokok atau vape
Merokok sentiasa memberikan impak yang negatif sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan. Sebagai seorang pelajar, baik anda simpan semua duit yang anda terfikir untuk gunakan untuk membeli rokok itu. Dan ketika anda sudah tamat belajar, anda mungkin sudah ada simpanan yang cukup untuk perancangan anda yang seterusnya. Sama ada rancangan untuk berkeluarga atau untuk mulakan bisnes anda sendiri.
11: Cuci baju sendiri
Baju pelajar biasanya tidak banyak dan pelajar mempunyai masa yang banyak terluang terutamanya di hujung minggu. Basuh baju anda sendiri dan elakkan dari menghantar baju ke dobi atau menggunakan mesin pencuci berbayar.
12: Kongsi peralatan belajar
Terdapat alatan atau perkakasan belajar yang boleh dikongsi antara pelajar. Sebagai contohnya adalah mesin pencetak. Jika anda duduk di dalam satu rumah yang mempunyai 5 orang pelajar, kongsi antara 5 orang untuk beli hanya satu mesin pencetak.
13: Komputer dan Laptop
Beli komputer atau laptop yang dapat memenuhi keperluan anda bukannya beli komputer atau laptop yang memenuhi kehendak anda. Laptop yang mempunyai spesifikasi yang sederhana sudah cukup jika anda hanya menggunakan laptop bagi menyiapkan asignment. Laptop boleh diperolehi dengan harga semurah RM900+ dan ianya sudah cukup untuk keperluan itu.
14: Telefon pintar
Tidak dapat dinafikan bahawa telefon merupakan satu keperluan di zaman sekarang dan semua pelajar kini mempunyai telefon pintar mereka sendiri. Tetapi perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu beli telefon pintar yang terlalu mahal untuk kegunaan harian anda. Ini adalah kerana telefon yang mahal akan menarik minat orang untuk mencuri telefon tersebut. Untuk mengelakkan anda kerugian kerana telefon dicuri, elakkan dari membeli telefon yang mahal. Cukup beli telefon yang boleh digunakan untuk perhubungan.
Konklusinya , kita hendaklah bijak dalam menguruskan kewangan kita selain pandai membezakan di antar kehendak dan keperluan.
No comments:
Post a Comment