Thursday, 1 December 2016
Majlis penutupan Sukem
Pada 30 nov yang lalu..telah berlangsungnya majlis penutupan sukem yang diadakan di Stadium Ukm pada jam 8 malam. Majlis ini turut dihadiri oleh semua pengetua-pengetua kolej di ukm ini. Acara pertama yang diadakan ialah acara pembarisan di mana setiap kolej akan berkawad dan berjalan di hadapan para-para vip. Paling menarik ialah aksi dari kolej Tun Dr.Ismail yang bertemakan zombi dan ada Harley Quinn.
Selepas itu, acara pertunjukkan silat oleh geng2 citra silat.kemudian, disertai dengan freestyle bola yang amat menarik sekali. Selepas itu , acara penyampian piala pusingan bagi setiap acara yang dipertandingkan di dalam sukem.Memang sudah diramal,Kab adalah juara keseluruhan sukem pada kali ini dengan 19 pingat emas.
Softball Sukem
"Softball Sukem".Inilah sukan yang aku main dan masuk kat ukm ni.Pada mulanya aku memang tak pernah langsung main sukan softball sebelum ni.Tapi manager Softball ni tarik aku main untuk kolej bagi sukan softball..dia kata "tak apa,nanti diorang boleh ajar". Jadi,aku pon masuk and berlatih selama sebulan sebelum sukem ni.Tapi dalam sebulan tu banyak kali jugak tak turun sebab ada kelas..hahah.
Pada 26-27 Nov telah bermula acara sukan softball aku ni..kami bermain dengan baik pada peringkat kumpulan dan mendapat tempat pertama dalam kumpulan..Pada suku akhir kami meneruskan rentak kemenangan dengan menang besar ke atas pasukan KTSN..Namun, pasukan kami kandas di separuh akhir apabila tewas tipis 2-1 ke atas kkm. Pada mulanya,pasukan kami leading 1-0,namun disebabkan sedikit sahaja kesilapan,pasukan lawan telah mendapat 2 larian menjadikan skor 2-1.
Walau apepon,kami tetap bangga dengan prestasi pasukan kami kerana semua pemain adalah terdiri dari tahun satu.Jadi,ia merupakan permulaan yang baik untuk kami semua bagi menimba pengalaman.Insya Allah emas kami akan dapat pada tahun depan.
Sukem Silat
Pada 26 nov hingga 27 nov yang lepas, telah berlangsung sukem bagi acara silat. Di sini kita dapat melihat pelbagai aksi yang menarik dan sesuai ditonton bagi mengambil sedikit ilmu. Silat ini boleh digunakan untuk mempertahankan diri jika berada di keadaan yang mencemaskan seperti dirompak,dipukul dan cubaan membunuh.Jadi, ada baiknya jika kita sediakan payung sebelum hujan dengan mempelajari ilmu-ilmu silat ini.
Minggu Perakaunan
Pada Minggu lepas telah diadakan minggu perakaunan di fakulti ekonomi&pengurusan dalam UKM. Pelbagai aktiviti telah diadakan Perkongsian daripada Alumni,cabutan bertuah dan lain-lain lagi..Walaupon program ini berlangsung selama seminggu,aku hanya dapat hadir pada hari terakhir sahaja iaitu pada majlis penutupan minggu perakaunan tersebut.Ini semua kerana dek assignment,kelas and keadaan yang tak mengizinkan untuk aku hadirkan diri pada hari-hari sebelumnya.
Tapi ada untungnya jugak aku hadir pada majlis penutupan tu kerana ada aktiviti cabutan bertuah and aku salah seorang pemenangnya.ahaha..inilah yang dikatakan rezeki jatuh dari langit..yelah,baru hadir 1 hari,majlis penutup pulak tu..dah dapat hadiah..hmm..xbyk pon sebenarnya yg nak diulaskan sbb dtg 1 hari je..jadii,baii
Wednesday, 23 November 2016
Hiking Bukit Broga
Pada ahad lepas 21/11/16 , aku dan 4 orang lagi kawan telah mendaki Bukit Broga di Semenyih. kami 3 orang lelaki dan 2 perempuan mendaki seawal jam 3:30 pagi. Ini ialah pangalaman pertama aku mendaki awal2 pagi buta macam ni..jadi jalan ofkos lah gelap..Jadi kami guna touchlight dekat fon sebagai cahaya petunjuk kami..hahaha..baru separuh sebelum checkpoint yang pertama,sorg perempuan tu dah penat.Aku namakan dia si'A'..hmm,biasalah perempuan.jadi kami rehat 5 minit lepas tu sambung balik..and dia still penat lagi..lepas tu kami paksa je dia naik and ugut"lambat tinggal'..dia pon ikut je..
Sampai je checkpoint pertama dia dah tak boleh teruskan.dia mintak rehat lagi..jadi kami pon berhentilah kejap dalam 10minit sambil-sambil tengok pemandangan dari atas..Lepas 10minit kami sambung dan sesampai je checkpoint 2 si A ni dah taknak naik dah..dia suruh kami pergi je naik ..kami pon tak kan lah nak tinggalkan perempuan..Jadi kami paksa dan terus paksa dia naik ,dan akhirnya dia mengalah..selepas 15minit macam tu akhirnya kami sampai di puncak..dan Si A ni terus baring tido..hahaha..penat sgt dia..kami relak2 dulu kat atas tu sambil menunggu matahari terbit.
Lepas je matahari terbit,apa lagi ,kami pon berselfie lah sepuas puasnya kat atas tu..pukol 8 lebih kami turun ke bwah dan sekali lagi si A ni penat..sampai nak termuntah katanya ..ahaha..spoil je..tapi nak turun tu lagi mencabar dari naik sebab tanah basah masa tu..jadi licin sikit..ada yang hampir-hampir nak jatuh..dan ada yang terjatuh pon..kesian dorang..Masa dalam perjalanan pulang ke UKM tu semua dalam kereta tu tido kecuali driver lah..kesian dia tak dapat tido..ahaha..yang lain semua dah penat jadi tak kira ape dah..tido jelah
Sukem Softball
Pada 19/11(sabtu) dan 20/11 (ahad) telah berlangsung perlawanan Softball perempuan Sukem iaitu sukan antara kolej di UKM..walaupon aku tak bermain(sbb game perempuan) tapi aku datang untuk menyokong skuad kolej rahim kajai di samping buat tugasan citra. Citra aku ialah kemudahan sukan dan teknikal..Cikgu Citra tersebut mewajibkan semua pelajar dalam citra tersebut untuk membantu sukan softball perempuan ini serta mengambil gambar sebagai untuk menyiapkan laporan kami.
Pada hari ahad.skuad wanita Rahim Kajai telah mendapat tempat kedua(agak membanggakan ) selepas tewas di final kepada kolej keris mas..melalui pemerhatian aku..dapatlah aku menambahbaikan asas softball aku sbb aku pon join softball sukem ni ..Dan perlawanan aku minggu ni..Nervous jgk sbb ini kali pertama aku masuk pertandingan untuk sukan softball nih..sebelum ni tak pernah main pon..Walaupon dah sebulan aku berlatih tapi still tak cukup nak berhadapan dengan senior yang jauh lebih berpengalaman.Jadi, nak tak nak..hadam je lah sabtu ni..hahaha
Sekian,terima kasih
EXAM MIDSEM
Pada 18/11 yang lalu..aku ada exam akaun iaitu untuk midsem. Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk study(nampak je rajin tapi study last minit) ahaha..sepatutnya aku dah boleh prepare awal untuk exam akaun ni tapi sebab perangai study last minit ni tak boleh nak buang..aku asyik tangguh je nak study tu. Kadang-kadang frust jugak tengok Roomate aku setiap malam study je keje dia. Tapi sikap malas aku lagi kuat,ahaha.so..kita sambung eh..pagi-pagi aku dah bangun utnuk study,lepas tu pkol 8 aku dah siap2 nak pergi kelas..lepas solat jumaat aku pon sambung la balik study aku dari petang tu hingga lah pukol 6..sebab exam start pukol 8malam,jadi aku nak prepare la makan untuk perut aku ni..nanti kalau lapar xbest pulak nak jawab exam..Dan tibalah masa nak jawab exam akaun tu..perghh soalan dia bukan main susah sebab ingat just pengiraan je yang masuk tapi dia mintak teori sekali,,dan pulak tu teori dia memang kena perah kepala jugak lah nak pikir..3 jam dalam tu mcm xcukup je masa tu..rasa macam nak mintak je lagi sejam..Tapi nasib baik aku dapat jawab semua soalan and aku rasa boleh lah kot nak skor..boleh lah kotttt..
Masa balik tu aku dah gelabah pulak bila pikir balik yang esok pulak ada exam math..aduhh..dah lah tak baca apa-apa..malam tu aku memang berniat nak stay up la malam tu..sebab exam midsem ni banyak jugak markah dia..Jadi,kalau aku terlepas markah tu,memang rugi habis lah..Sampai je bilik aku terus bancuh nescafe panas untuk tahan aku dari tido..tapi yang lebih saiko aku untuk tido adalah Roomate aku tido..dia dah study awal2..jadi balik tu dia terus je tido tinggalkan aku study seorang. Dengan kepala yang masih kusut pasal akaun tadi,aku bukalah nota-nota math..zapppp..sekejap je masa dah nak pukol 3.aku pon tinggal lagi satu bab je xstudy lagi..Jadi,aku fikir tidur dulu dan bangun pagi sambung study untuk esok..Pagi tu nasib baik aku sempat bangun untuk study sikit sebelum start Exam..Dan kemudian,mulalah Exam aku..Aku bukak muka surat pertama-kelima aku dah gelabah..haaaaa..aku terkaku,ilmu yang aku baca semalam tak keluar dari kepalaaku ni.Jadi,aku buat keputusan untuk jawab terbalik(dari belakang ke depan)..haa..aku akhirnya boleh jawab..rupanya aku kena jawab soalan yang susah2 dulu baru boleh jawab yang senang2 nih..ahaha..tak tau kenapa..memang kau mcm tu :p
Masa balik tu aku dah gelabah pulak bila pikir balik yang esok pulak ada exam math..aduhh..dah lah tak baca apa-apa..malam tu aku memang berniat nak stay up la malam tu..sebab exam midsem ni banyak jugak markah dia..Jadi,kalau aku terlepas markah tu,memang rugi habis lah..Sampai je bilik aku terus bancuh nescafe panas untuk tahan aku dari tido..tapi yang lebih saiko aku untuk tido adalah Roomate aku tido..dia dah study awal2..jadi balik tu dia terus je tido tinggalkan aku study seorang. Dengan kepala yang masih kusut pasal akaun tadi,aku bukalah nota-nota math..zapppp..sekejap je masa dah nak pukol 3.aku pon tinggal lagi satu bab je xstudy lagi..Jadi,aku fikir tidur dulu dan bangun pagi sambung study untuk esok..Pagi tu nasib baik aku sempat bangun untuk study sikit sebelum start Exam..Dan kemudian,mulalah Exam aku..Aku bukak muka surat pertama-kelima aku dah gelabah..haaaaa..aku terkaku,ilmu yang aku baca semalam tak keluar dari kepalaaku ni.Jadi,aku buat keputusan untuk jawab terbalik(dari belakang ke depan)..haa..aku akhirnya boleh jawab..rupanya aku kena jawab soalan yang susah2 dulu baru boleh jawab yang senang2 nih..ahaha..tak tau kenapa..memang kau mcm tu :p
Subscribe to:
Posts (Atom)


















