Hari ni telah diadakan Hari Mikroekonomi dan diwajibkan kehadiran kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi yang mengambil subjek Mikroekonomi pada sem ini. Saya antara salah seorang yang terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada jam 9 pagi namun kami diwajibkan untuk hadir hanya pada jam 1 setengah petang kerana program utama iaitu pertandingan pembentagan yang diberi tajuk "kaedah perletakkan harga". Di mana akan ada 5 kumpulan yang mewakili kelas masing-masing untuk beradu dari segi hujahan dan ilmu di hadapan para-para VIP(pensyarah mikroekonomi).
Kehadiran saya nyata tidak sia-sia di mana kelas saya iaitu set 4 berjaya menjadi johan dalam pertandingan pembentangan tersebut.Walaupon hadir sebagai penyokong, tetapi saya tetap berbangga dengan pencapaian rakan-rakan sekelas saya yang berjuang bersungguh-sungguh di hadapan. Terima kasih rakan-rakan.
Wednesday, 7 December 2016
Butik Imam Muda Asyraf
Cerita petang tadi,.pada 7/11/2016 lenih kurang jam 4 petang, saya dan 3 orang kawan telah pergi ke butik imam muda Asyraf iaitu Aisy Asyraf. Mesti semua dah kenal kan dengan imam muda Asyraf ni. Tapi takpe lah saya akan perkenalkan lagi sekali siapa Imam Muda Asyraf ni.
Nama beliau ialah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan. Merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Pada mulanya bersekolah di SRK Sri Aman Kg Melayu Pulau Pinang dari tahun 1991-1996. Kemudian ke Maahad al-Mashoor al-Islami di Sg Batu Teluk Kumbar Pulau Pinang dari tahun 1997-1999 iaitu tingkatan 1- tingkatan 3. Kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas Kelantan dari tahun 2000-2001.
Pada 30 Julai 2010, beliau dinobatkan menjadi juara program Imam Muda. Program pertama di dunia ini disiarkan secara langsung melalui televisyen berbayar Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Pemenang kedua ialah Hizbur Rahman Omar Zuhdi. Pengetua / Mudir ialah Ustaz Datuk Hassan Mahmood al Hafiz. Tenaga pengajar ialah Sharizan Daud At-Turabi dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang.
Juara mendapat sijil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kontrak menjadi Imam Ratib di sekitar Kuala Lumpur, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000. Selain itu, percutian ke Bandung (4 hari 3 malam), pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.
okay,itu adalah sedikit sebanyak info tentang beliau. Berbalik kepada topik asal, kami berempat pergi ke butik beliau untuk mengadakan sesi temubual bersama imam Asyraf demi melaksanakan tugas/assignment yang telah diberi oleh Pn.Shazlinda iaitu subjek pengantar pengurusan. Tetapi ketika kami datang, Imam muda Asyraf tiada dan digantikan dengan orang lain iaitu Pn.Aliyya . Beliau sangat permaah orangnya dan melayan kami dengan baik sekali. Sesi temubual kami agak lama iaitu lebih setengah jam,tersasar dari jangkauan kami iaitu hanya 15minit sahaja.
Tapi yang bestnya, jika korang pergi ke butik tersebut, korang akan rambang mata dengan pelbagai corak,warna dan jenis kain pada baju-baju di butik tersebut. Memang tak rugi lah kalau nak berbelanja baju melayu,kurta,jubah dekat sini kerana memang lawa dan berbaloi.
Thursday, 1 December 2016
Majlis penutupan Sukem
Pada 30 nov yang lalu..telah berlangsungnya majlis penutupan sukem yang diadakan di Stadium Ukm pada jam 8 malam. Majlis ini turut dihadiri oleh semua pengetua-pengetua kolej di ukm ini. Acara pertama yang diadakan ialah acara pembarisan di mana setiap kolej akan berkawad dan berjalan di hadapan para-para vip. Paling menarik ialah aksi dari kolej Tun Dr.Ismail yang bertemakan zombi dan ada Harley Quinn.
Selepas itu, acara pertunjukkan silat oleh geng2 citra silat.kemudian, disertai dengan freestyle bola yang amat menarik sekali. Selepas itu , acara penyampian piala pusingan bagi setiap acara yang dipertandingkan di dalam sukem.Memang sudah diramal,Kab adalah juara keseluruhan sukem pada kali ini dengan 19 pingat emas.
Softball Sukem
"Softball Sukem".Inilah sukan yang aku main dan masuk kat ukm ni.Pada mulanya aku memang tak pernah langsung main sukan softball sebelum ni.Tapi manager Softball ni tarik aku main untuk kolej bagi sukan softball..dia kata "tak apa,nanti diorang boleh ajar". Jadi,aku pon masuk and berlatih selama sebulan sebelum sukem ni.Tapi dalam sebulan tu banyak kali jugak tak turun sebab ada kelas..hahah.
Pada 26-27 Nov telah bermula acara sukan softball aku ni..kami bermain dengan baik pada peringkat kumpulan dan mendapat tempat pertama dalam kumpulan..Pada suku akhir kami meneruskan rentak kemenangan dengan menang besar ke atas pasukan KTSN..Namun, pasukan kami kandas di separuh akhir apabila tewas tipis 2-1 ke atas kkm. Pada mulanya,pasukan kami leading 1-0,namun disebabkan sedikit sahaja kesilapan,pasukan lawan telah mendapat 2 larian menjadikan skor 2-1.
Walau apepon,kami tetap bangga dengan prestasi pasukan kami kerana semua pemain adalah terdiri dari tahun satu.Jadi,ia merupakan permulaan yang baik untuk kami semua bagi menimba pengalaman.Insya Allah emas kami akan dapat pada tahun depan.
Sukem Silat
Pada 26 nov hingga 27 nov yang lepas, telah berlangsung sukem bagi acara silat. Di sini kita dapat melihat pelbagai aksi yang menarik dan sesuai ditonton bagi mengambil sedikit ilmu. Silat ini boleh digunakan untuk mempertahankan diri jika berada di keadaan yang mencemaskan seperti dirompak,dipukul dan cubaan membunuh.Jadi, ada baiknya jika kita sediakan payung sebelum hujan dengan mempelajari ilmu-ilmu silat ini.
Minggu Perakaunan
Pada Minggu lepas telah diadakan minggu perakaunan di fakulti ekonomi&pengurusan dalam UKM. Pelbagai aktiviti telah diadakan Perkongsian daripada Alumni,cabutan bertuah dan lain-lain lagi..Walaupon program ini berlangsung selama seminggu,aku hanya dapat hadir pada hari terakhir sahaja iaitu pada majlis penutupan minggu perakaunan tersebut.Ini semua kerana dek assignment,kelas and keadaan yang tak mengizinkan untuk aku hadirkan diri pada hari-hari sebelumnya.
Tapi ada untungnya jugak aku hadir pada majlis penutupan tu kerana ada aktiviti cabutan bertuah and aku salah seorang pemenangnya.ahaha..inilah yang dikatakan rezeki jatuh dari langit..yelah,baru hadir 1 hari,majlis penutup pulak tu..dah dapat hadiah..hmm..xbyk pon sebenarnya yg nak diulaskan sbb dtg 1 hari je..jadii,baii
Wednesday, 23 November 2016
Hiking Bukit Broga
Pada ahad lepas 21/11/16 , aku dan 4 orang lagi kawan telah mendaki Bukit Broga di Semenyih. kami 3 orang lelaki dan 2 perempuan mendaki seawal jam 3:30 pagi. Ini ialah pangalaman pertama aku mendaki awal2 pagi buta macam ni..jadi jalan ofkos lah gelap..Jadi kami guna touchlight dekat fon sebagai cahaya petunjuk kami..hahaha..baru separuh sebelum checkpoint yang pertama,sorg perempuan tu dah penat.Aku namakan dia si'A'..hmm,biasalah perempuan.jadi kami rehat 5 minit lepas tu sambung balik..and dia still penat lagi..lepas tu kami paksa je dia naik and ugut"lambat tinggal'..dia pon ikut je..
Sampai je checkpoint pertama dia dah tak boleh teruskan.dia mintak rehat lagi..jadi kami pon berhentilah kejap dalam 10minit sambil-sambil tengok pemandangan dari atas..Lepas 10minit kami sambung dan sesampai je checkpoint 2 si A ni dah taknak naik dah..dia suruh kami pergi je naik ..kami pon tak kan lah nak tinggalkan perempuan..Jadi kami paksa dan terus paksa dia naik ,dan akhirnya dia mengalah..selepas 15minit macam tu akhirnya kami sampai di puncak..dan Si A ni terus baring tido..hahaha..penat sgt dia..kami relak2 dulu kat atas tu sambil menunggu matahari terbit.
Lepas je matahari terbit,apa lagi ,kami pon berselfie lah sepuas puasnya kat atas tu..pukol 8 lebih kami turun ke bwah dan sekali lagi si A ni penat..sampai nak termuntah katanya ..ahaha..spoil je..tapi nak turun tu lagi mencabar dari naik sebab tanah basah masa tu..jadi licin sikit..ada yang hampir-hampir nak jatuh..dan ada yang terjatuh pon..kesian dorang..Masa dalam perjalanan pulang ke UKM tu semua dalam kereta tu tido kecuali driver lah..kesian dia tak dapat tido..ahaha..yang lain semua dah penat jadi tak kira ape dah..tido jelah
Subscribe to:
Posts (Atom)






















